30/09/2012

Doa Seorang Isteri...




Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..





Selamat Ulangtahun perkahwinan yang ke 13 sayang...





19/09/2012

PENANGAN ADAM DAN HAWA

Korang layan tak citer nih... setakat nih aku menjadi peminat setia cerita ni.. time nih jangan lah anak-anak bercakap... dah tentu kena sound gi masuk bilik.. aku memang pantang time aku menghayati diorang buat bising.. so far setakat nih semua faham yang ibu diorang dah addict ngan drama Adam Dan Hawa nih..

Sebelum nih rumah aku cuma pakai tv biasa jer.. jadi nak masuk beyond tu memang tak lah kan.. mustika memang aku langgan itu pun sebab maharajalawak dulu... Aku dapat info yang Adam dan Hawa akan ditayangkan di Mustika.. aku seronok giler lah sebab memang aku dah langgan pun.. Tapi malangnya astro mencekik aku dengan meletakkan drama Adam Dan Hawa di MustikaHD... huhuhuhu... siapa tak ada beyond jangan haraplah nak layan.. Aku pun berkira-kira nak ambik beyond lepas banyak blog ngan youtube di banned dari memaparkan drama A&H ni...huhuhuhu

Cari punya cari hanya di Mydin jer promoter tu kata boleh pasang within 2 days.. hahaha.. aku pun ape lagi.. terliuk lentok lah kat encik suami suruh sign borang tu..(astro name dia)... Sepanjang dua hari tu jugak aku terpaksa bersila dirumah kak ita jam 10 - 10.30 malam untuk tengok citer A&H nih.. muka tak malu kan!!! hehehe.. lantak lah janji aku tak miss citer nih.. kak ita ngan abg jamal pun terpaksa gak layan walaupun diorang sebenarnya layan drama korea bride of the sun tu..hehehehe... nasib baik dapat jiran sporting...

..............