30/09/2012

Doa Seorang Isteri...




Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..





Selamat Ulangtahun perkahwinan yang ke 13 sayang...





19/09/2012

PENANGAN ADAM DAN HAWA

Korang layan tak citer nih... setakat nih aku menjadi peminat setia cerita ni.. time nih jangan lah anak-anak bercakap... dah tentu kena sound gi masuk bilik.. aku memang pantang time aku menghayati diorang buat bising.. so far setakat nih semua faham yang ibu diorang dah addict ngan drama Adam Dan Hawa nih..

Sebelum nih rumah aku cuma pakai tv biasa jer.. jadi nak masuk beyond tu memang tak lah kan.. mustika memang aku langgan itu pun sebab maharajalawak dulu... Aku dapat info yang Adam dan Hawa akan ditayangkan di Mustika.. aku seronok giler lah sebab memang aku dah langgan pun.. Tapi malangnya astro mencekik aku dengan meletakkan drama Adam Dan Hawa di MustikaHD... huhuhuhu... siapa tak ada beyond jangan haraplah nak layan.. Aku pun berkira-kira nak ambik beyond lepas banyak blog ngan youtube di banned dari memaparkan drama A&H ni...huhuhuhu

Cari punya cari hanya di Mydin jer promoter tu kata boleh pasang within 2 days.. hahaha.. aku pun ape lagi.. terliuk lentok lah kat encik suami suruh sign borang tu..(astro name dia)... Sepanjang dua hari tu jugak aku terpaksa bersila dirumah kak ita jam 10 - 10.30 malam untuk tengok citer A&H nih.. muka tak malu kan!!! hehehe.. lantak lah janji aku tak miss citer nih.. kak ita ngan abg jamal pun terpaksa gak layan walaupun diorang sebenarnya layan drama korea bride of the sun tu..hehehehe... nasib baik dapat jiran sporting...

..............

09/02/2012

SUNGAI DALAM LAUT!!!

SUNGAI DALAM LAUT!!!


Jika kita lahir di zaman kuno, saat belum ada peralatan "Deep Sea Diving", kita tak kan pernah tahu jika di dalam laut ada sungai tawar yg sama mengalir tapi terpisah macam ada dinding penghalang.

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut!

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” Qs. 41 Fushshilat:53

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” Qs. 25 Al Furqan:53

Subhanallah! Qs. Fushshilat:53 = Qs Al Furqan:53

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.

Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” Qs. 25 Al Furqan:53

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.

( Note: Yang menjadi tajuk/topik disini bukan soalan Captain Jacques Cousteau menjadi Mualaf… tapi BUKTI QUR'AN, JIKA 2 JENIS AIR YG BERBEZA TAK DAPAT BERSATU DI SAMUDRA LUAS, BUKTI MUKJIZAT TERBESAR & SEPANJANG ZAMAN IALAH SUATU KEPASTIAN & 1 LAGI BUKTI TERPAPARKAN )

CAPTAIN (JACQUES) COUSTEAU, French

Di Prancis, Islam telah menyebar dengan kecepatan sangat tinggi diantara rakyat Prancis. Jumlah warga Prancis yg meninggalkan Christian & bertukar jadi Islam telah seramai 40.000 orang per tahun. Nilai ini sudah dipastikan dengan Paderi Besar Gereja di Paris, Jabatan tertinggi di Gereja Katholic France.

Ialah suatu hal yg patut diperhatikan jika orang-orang yg bertukar menjadi Islam ialah tak cuma berlaku di kalangan pekerja & rakyat sipil biasa, tapi juga dari kalangan termashur & terkenal dari berbagai bidang.

Di antara orang-orang yang memilih Islam itu ialah Mr. Jacques Cousteau, yang diketahui oleh dunia luas dari explorasinya soalan kehidupan dibawah air.

Macam gelombang besar orang-orang ramai memeluk islam telah menyebar diantara Bintang superstar dunia dari Prancis, Captain Cousteau, Petualang bawah air paling terkenal di dunia, dia membagi tahu jika dia memilih Islam ialah KEPUTUSAN PALING TEPAT dalam sepanjang hidupnya.

Captain Cousteau, yang memaparkan rahsia samudra demi samudra dalam cinema film yg dia buat dan telah di siar luaskan oleh berbagai televisien dunia dalam TV program iaitu "Sub-Headed The Living Sea", memaparkan jika apa alasan sebenar yg membuat dia secara pasti memilih agama Islam ialah: setelah memeriksa & membuktikan jika Samudra Atlantik dan Laut Mediteranian tidak bercampur satu sama lain, dia membuktikan sendiri jika kejadian ini terdapat dalam Qur'anul Karim yg telah tertulis 1400 tahun lalu saat belum ada peralatan oceanography secanggih abad 20.

Captain Cousteau bercerita saat saat kejadian yg menyebabkan dia memeluk Islam seperti dibawah ini:

"Pada tahun 1962, Ilmuwan Jerman mengatakan jika air dari Laut Merah dan Samudra Indian tidak bercampur satu sama lain di selat Bab-Ul-Mandab dimana Teluk Aden & Laut Merah bertemu. Jadi, kami memulai menyelidiki cuaca & air dari Samudra Atlantik & Laut Mediteranian bertemu satu sama lain.

Kali pertama, kami analyse air dari Mediteranian untok menemukan Kadar Garam & Kepadatan Air serta yang berkenaan. Kami mengulanginya dengan cara yg sama kat Samudra Atlantik. Dua jenis lautan telah bertemu satu sama lain di selat Gibraltar selama ribuan tahun.

Sepatutnya, 2 lautan air seharusnya bersatu sama lain dan mereka seharusnya berbagi serupa, atau paling kurang hampir sama Kadar Garam & Kerapatan Airnya. Tetapi yg terjadi ialah sebaliknya, meski dalam tempat yg sama, dimana 2 lautan itu bertemu, maka 2 lautan ini nampak jelas sangat tetap terpisah satu sama lain.

Dalam pemaparan lain, soalan dimana 2 lautan bertemu, batas air ini memisahkan dan mencegah air 2 lautan ini bersatu. Sewaktu sy sampaikan pada Professor Maurice Bucaille soalan kejadian alam ini, dia berkata: Itu tak mengejutkan saya kerana itu telah tertulis jelas dalam kitab suci ummat Islam, Qur'anul Karim.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam.

Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.

Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar.

Sungguh! Fakta ini telah ditulis dengan bahasa yg jelas sangat dalam Qur'anul Kariim. Saat sy ketahui hal ini, Saya percaya dengan bukti jika Qur'anul Kariim ialah "Firman ALLAH". Saya lalu memilih islam, Agama yg benar. Kebenaran & kejujuran dalam agama Islam memberi saya kekuatan untuk menanggung beban hati yg diderita kerana kehilangan anak saya."

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Sementara, dalam alkitab christian, tak ada keterangan soalan sungai tawar dibawah laut yang mengalir dalam 1 tempat tapi terpisah.

Yang ada ialah semua air laut mengering sekali, tak ada 1 keterangan pun seperti yg ditulis dalam Qur'an.

Yosua 2:10 Sebab kami mendengar, bahwa TUHAN telah mengeringkan air Laut Teberau di depan kamu, ketika kamu berjalan keluar dari Mesir, dan apa yang kamu lakukan kepada kedua raja orang Amori yang di seberang sungai Yordan itu, yakni kepada Sihon dan Og, yang telah kamu tumpas.

Meski Rasulullah Muhammad SAW memiliki banyak mukjizat fisik seperti menyembuhkan orang lumpuh, membelah bulan, berbicara dengan binatang seperti Nabi Sulaiman, para sahabat berjalan diatas laut, memberi makan ribuan orang dengan sikit makanan, dan masih sekitar 300 mukjizat lainnya yang telah sy tulis dalam wall post 1 bulan lepas, tapi tetaplah Qur'an ialah Mukjizat terbesar & sepanjang masa.

Itulah mengapa Qur'an disebut mukjizat terbesar & sepanjang masa kerana banyak ayat Qur'an yang baru dapat dibuktikan oleh peralatan modern abad terahir. Mulai dari Astronomi, Geology, Biology, Math, chemistry, Oceanography dan segala bidang.

Sebuah Mukjizat terbesar berupa sebuah buku yang diturunkan melalui seorang Al-Amin (tak pernah berbohong) yang tak dapat membaca dizaman kuno kepada ummat terakhir yang pintar dan selalu membaca buku di zaman modern dan baru dapat dibuktikan oleh peralatan akhir zaman. Siapa lagi yg mewahyukan jika bukan PENCIPTA ALAM SEMESTA?

Jadi,,, 1 bukti lagi... ISLAM TERBUKTI BENAR....