07/12/2011

LELA SAYANG MAK!!

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .

24/10/2011

Cerpen : Jodoh

JODOH

                Sudah hampir satu jam Yasmin berlegar-legar sambil berfikir samaada ingin ke majlis Liza ataupun tidak. Sudah beberapa kali Mas telefon dari rumah Liza menyuruh Yasmin datang segera. Bukannya Yasmin tak nak pergi, Nora yang demam satu hal, majlis tu pulak dengar-dengarnya ada acara tari menari. Ini yang membuatkan Yasmin berat hati hendak pergi. Bukan anti sosial tapi member-member Liza tu kebayakkannya rosak akhlak. Minum arak macam togok air sejuk aje. Pulak tu tak malu dengan title Islam yang mereka ada.
                "Min baik kau datang Min. Kalau tidak siap kau balik nanti aku kerjakan. Aku seganlah sorang-sorang kat sini. Kalau aku tahu tadi terus aku balik tau. Tak payah memenatkan badan lepas balik kerja."
                Kesian pulak dengan Mas. Dia pun bukannya biasa sangat dengan party sosial macam tu. Kalau tak Yasmin yang suruh temankan memang dia tak datang. Lagipun kerja yang dibawa dari office pun banyak tak siap.
                Akhirnya Yasmin membuat keputusan untuk pergi. Tetapi tidak lama. Nora yang sedang tidur terpaksa dikejutkan untuk memberitahu tentang pemergiannya.
                "Aku pergi tak lama. Paling lama pun 3 jam. Kalau ada apa-apa, telefon handset aku."
                "Janganlah risau sangat. Aku cuma demam bukannya sakit tenat. Enjoy the party ok!."
                Yasmin hanya mengangguk. Persahabatan yang sekian lama membuatkan Yasmin, Nora dan Mas seperti adik-beradik. Masakan Yasmin sanggup tinggal di rumah sewa bersama Mas dan Nora sedangkan rumah ibubapanya yang tak jauh dari kawasan itu.
::-----------------::

                "Yasmin! Amboi awalnya kau sampai. Macam patung aku tercegat tunggu kau tau tak?"
                "Janganlah marah. Aku datang ni pun dah syukur alhamdulillah. Kalau aku tak kesiankan kau tadi dah lama aku duduk rumah saja. Lagipun takkan nak tinggalkan Nora tu sorang-sorang di rumah."
                "Lain kali jangan pandai berjanji kalau kau sendiri tak pasti."
                Dari jauh Liza menampakkan batang tubuh dari celah-celah puluhan tetamu yang sibuk menari.  
                "Yasmin! Kenapa lambat. Acara tari menari dah lama start dah. Jemputlah masuk."
                "Thanks! Oh ya! Ini untuk you. Happy Birthday."
                Hadiah bertukar tangan. Pipi lembut saling bersentuhan tanda terima kasih. Begitulah cara orang barat bersalaman. Yasmin sekadar pengikut rentak tari mereka.
                Yasmin dan Mas menjauhkan diri dari mereka yang sedang hangat dalam pelukan pasangan masing-masing di tempat lapang di rumah banglo itu. Malas nak layan. Lagipun mereka berdua tak ada partner takkan nak menari berpelukan berdua. Nanti dikatakan lesbian pulak. Mengikut dari pandangan Yasmin jamuan makan itu pastinya menelan belanja puluhan ribu ringgit.
                "Mas! Yasmin! La..... Kenapa duduk dekat sini aje. Come joint us dance." kata Liza sambil kedua belah tangannya memeluk pinggang dua jejaka di sebelah kiri dan kananya.
                "Sorrylah. Kitaorang memang tak biasa menari. Hope you understand."
                "It's okey. Well...... Now I get you all a partner. Kenalkan ini Iskandar dan ini Akmal. You all berbuallah to make each other to be more closer."
                "So..... Boleh we all tahu nama saudari berdua?" kata Akmal setelah Liza berlalu.
                "Mmm.... I Mastura and this my friend Yasmin. Dah lama you all kenal Liza?"
                "Baru dua hari."
                "2 hari! Wow! Mesti you all jumpa dia dekat disko kan?" serkap Mas.
                "Muka kami ni ada macam muka mat disko ke? Kami jumpa dia masa sport car dia break down. Jjadi kami tolong. Dan kemudian we are invited to joint this party."
                "Sorry. I don't mean to said that."  Mas berasakan dirinya bersalah.
                "Kenapa Yasmin diam aje sejak tadi?"
                "Kenapa ? Akmal nampak Yasmin murung ya. Itu sebabnya buah hatinya dirumah demam."
                "Buah hati????"
                "Mas! Maksud dia our best friend. Kitaorang dah macam adik beradik, tentulah susah hati bila tinggalkan dia sorang-sorang di rumah."
                "Oh! I see. Mmm...... Yasmin! Have we meet before. Muka you ni familiarlah."
                "Me??? Wait a minute. Akmal... Akmal... Oh! Kitakan pernah jadi classmate dulu. Sekolah rendah."
                "Oh! Yasmin Syed Mustafa!!!!!"
                "Wow! You can remember my full name."
                "Mestilah kita kan pernah di gosip lepas kita lakonkan watak Laila Majnun di pentas."
                "Oh! Stop it! Jangan cerita pasal hal dulu. Malulah."
                "Min! Nampaknya penyakit murung kau dah bertambah pulih sekarang."
                "Mas ni suka usik orang. Alamak!!! Mas!!  Dah lewat. Nora dirumah pasti dah mengamuk."
                "Tapi you all kan baru lagi disini."
                "Emmmm... Time running too fast. Lagipun anak dara tak baik balik jauh-jauh malam nanti kena kutu embun". Yasmin dan Mastura ketawa sambil meninggalkan Akmal dan Iskandar. Baru beberapa langkah nama Yasmin dipanggil. Akmal berlari kearahnya.
                Ini nombor telefon I dan Is. Kalau sudi telefon. Boleh I dapat nombor telefon you?"
                "Emmm.... I rasa tak perlulah ya. Lagipun telefon dirumah I dah kena potong. 5 bulan tak berbayar. Okey. Thanks. Bye!!!"
::-----------------::


                "Nora! Aku ada minat dekat someone la."
                "Ye ke! Emmmm...... Aku mimpi apa semalam? Bukan senang aku nak tahu rahsia kau. Oh! Siapalah lelaki malang tu."
                "Jahatlah kau ni. Dia classmate aku dulu. Tapi dulu aku tak suka dia."
                "Hey! Ingat sikit. Tahun ni kita S.P.M.  Karang kut terus kahwin. Dapat S.T.P. lagi."
                "S.T.P. pun kira bagus apa. Kau ingat Form Six kolot sangat ke."
                "Hoi Cik Kak! Aku bukan kata S.T.P.M. Sijil Tunggu Pinanganlah."
            Gelak tawa memecah Perpustakaan Tun Razak. Kemudian masing-masing terdiam bila ditegur dengan rakan-rakan lain yang sibuk mengulangkaji pelajaran. Mas memang tak suka ke perpustakaan. Katanya bila di library dia tak akan belajar kerana asyik tengok gelagat orang. Cuma Nora dan Yasmin saja yang kerap datang. Saja lepak-lepak sambil release tension. Bukannya nak belajar sangat.
        "Min! Kau tak beritahu aku siapa lelaki tu. Aku kenal ke?"
                "Tak sabarlah kau ni. Nanti kalau dia lalu dekat depan rumah kita aku panggillah kau."
                "Apa nama dia?"
                "Entah aku pun tak tahu. dah Lima tahun tak jumpa mana aku ingat nama dia. Dia kalau lalu depan rumah selalu tengok aku tau."
                "Startlah tu. Dia punga perasan. Min! Kau minat orang tapi tak luahkan siapa tahu?"
                "Aku ni perempuan. Biarlah dia yang approach aku."
                "Min sekarang ni zaman internet. 'Perigi cari timba' dah tak boleh pakai."
                Yasmin terdiam. Dalam pada waktu ingat berhadapan dengan peperiksaan itu dia telah meminati seseorang yang dianggap istimewa. Yasmin mahu dicintai dan mencintai tapi takut apabila menyayangi orang lain.
                "Kau lupa pada Badrul. Dua kali dia tagih cinta kau, tapi bila bila kau dah sayang dan dia pun dah feeling maut dekat kau, and then kau lepaskan dia macam tu aje."
                "Badrul lain. Walau apapun hubungan kami sekarang aku tetap sayangkan dia. Nora, first love memang susah nak lupa. Tapi...  Budak yang selalu lalu depan rumah tu handsome tau. Bila dia lalu dengan motor dia, hai......   tergugat iman aku."
                "Dahlah! Lagi aku layan kau lagi tak siap homework aku. Dah...dah  buat kerja. Guard datang tu."

::-----------------::

                "Ini tak adil. Takkan Tan Sri beri 60% dari hartanya pada Noraini. Dia kan isteri tua. Dah senja pun."
                "Menurut pada wasiat ini, Puan Sri berhak menerimanya dan Syarikat AMYZA Sdn. Bhd. diserahkan kepada Encik Imran untuk menguruskannya dia adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga dan dipercayai dapat memajukan syarikat itu."
                "Saya tak percaya. Peguam apa awak ni. Mesti awak dah seleweng harta arwah suami saya. Saya juga punya anak lelaki dan boleh mengendalikan syarikat itu."
                "Maaf Puan saya tak dapat nak komen apa-apa. Anak lelaki Puan bukanlah hasil daripada perkahwinan puan dengan Tan Sri. Lagipun anak puan dalam pusat pemulihan sekarang.  Tugas saya dah selesai dan jika puan tak berpuas hati Puan boleh ke syarikat guaman kami.  Saya minta diri dulu."
                Yasmin keluar dari rumah Puan Zarina dengan muka yang serius. Hatinya mengomel tentang perangai Puan Zarina yang  tamakkan harta.
                "Dah dapat dahlah. Kalau aku jadi Tan Sri satu sen pun kau tak dapat. Pulak tu kata aku selewengkan wasiat. Nasib baik hari ni hari Jumaat kalau tidak...." ngomel Yasmin sendirian dalam kereta kesayangannya itu.
                Dalam marah-marah handsetnya berbunyi. Terpaksalah Yasmin berhenti dibahu jalan jika tidak mahu mendapat surat cinta. Yasmin bukannya ada handfree.
                "Yasmin! Dah dekat 14 kali aku telefon kau kenapa tak angkat?"
                "Woi!!! Janganlah menjerit. Aku tak pekak lagilah. Tadi pergi rumah Puan Zarina. Pasal wasiat Tan Sri Azizi. Handset aku tinggal dalam kereta."
                "Oooo... sorrylah. Ni aku nak bagi tahu. Mak dengan ayah kau telefon tadi. Diorang suruh kau balik jumpa diorang. Urgent katanya."
                "Nora mak aku sakit ke?"
                "Taklah sihat. Bergurau senda lagi dengan aku."
                "Okeylah. Eh! Kau tak kerja ke hari ni? Demam dah 2 bulan sembuh takkan demam balik kut?"
                "Oii! Ingat aku ni macam kau ke. Sakit sebulan sekali. Aku ni setahun sekali pun susah. Tadi aku jumapa client, malas balik pejabat aku duduk aje dekat rumah. Udahlah tu, habis kredit aku."
                Talian diputus. Yasmin berkira-kira samaada mahu terus pulang atau kembali ke pejabat. Masih ada fail-fail confidential yang sepatutnya disimpan di pejabat. Akhirnya Yasmin memacu roda keretanya ke pejabat. Maknya lain tak lain mesti nak melepaskan rindulah tu.
::-----------------::

                "Ini dah kali keempat orang datang meminang kau. Takkan kau nak tolak lagi. Kau nak cari anak bunian ke?"
                Yasmin serba salah. 3 orang yang terdahulu yang meminangnya bukan tak handsome, tak kaya, cuma dia yang tak berkenan. Kali ni memang Yasmin berkenan tapi 10 tahun dulu. Bukannya sekarang. Kini baru sekali jumpa dan bertegur sapa dah hantar rombongan meminang. Ini dah kes parah. Budak ni kalau tak gila mesti tiga suku.
                "Begini sajalah mak. Biar Yasmin sendiri selesaikan dengan dia. Min memang tak ada pilihan sendiri tapi biarlah Min berbincang dengan yang empunya diri. Kalau ada jodoh adalah."
                "Itu yang mak tak nak dengar tu. Si Khairul anak Mak Limah kamu dah berkenan tapi kamu tolak. Sekarang dah dua anak dia."
                "Itu dia mak. Min lain."
                "Mak nak jawapannya cepat. Pihak lelaki tak nak tertunggu-tunggu. Mak bagi tempoh sampai hujung minggu ni."
                Yasmin terkedu. Dalam masa sesingkat ini mana mungkin dia dapat jumpa Akmal dan berbincang. Tapi keputusan mak dah muktamat. Ayah hanya diam. Dia memang tak suka masuk campur. Jika keadaan bertambah rumit barulah ia mencelah.
                "Kalau itu keputusan mak, Min tak boleh buat apa-apa. Tapi keputusan samaada nak terima atau tidak tetap hak Min. Min nak balik. Jumpa Akmal."
                "Kau nak suruh dia tarik balik pinangan ke?"
                "Min bukannya budak lagi mak. Min bersikap rasional. Min nak dengar dari mulut dia dulu."
                "Biarlah dia buat keputusan dia sendiri. Buruk baik dia yang pakai. Kalau dipaksa takut bercerai berai pulak. Nanti kita yang disalahkannya nanti."celah ayah.
                Itulah ayah yang sesekali berbicara pasti terkedu mak dibuatnya. Walaupun begitu setiap apa nasihat mak ada benarnya. Siapa yang tak takut lihat anak daranya dah 27 tahun tak kahwin-kahwin lagi.

::-----------------::

                "Kenapa you nak jumpa I disini?"
                "Pertama. Jangan you nak buat-buat tak tahu. kedua. I datang nak makan. So kita cerita lepas I habis makan. Kalau you nak order silakan."
                Yasmin menghabiskan whipped potato yang dipesannya tadi. 5 ketul nuggets sudah selamat. Tinggal ni saja yang belum habis. Akmal tidak mengambil apa-apa order sekalipun. Hanya melihat gelagat Yasmin maka. Tanpa menghiraukan Akmal yang asyik merenung, Yasmin terus menghabiskan makanannya.
            "Min! Nak sikit air.”
                “Pergilah beli sendiri.”
                “Orang ramai tu, nak beratur lambat sangat. Tekak I ni dah kering sangat dah.”
                “Kejap. Biar Min minum dulu.”
                Akmal senyum. Kemenangan tercalit pada senyuman itu.
                “Okey! Sekarang kita boleh mula.”
                “Nanti dulu. Sebelum tu I nak tanya, you tak makan ke tadi?”
                “Makan. Tapi makan leteran. Semua pasal you. Kat rumah tadi sampai tak ada masa I nak makan.”
                “Apa salah I?”
                Akmal masih berdolak dalih. Dia sebenarnya suka melihat riak muka Yasmin yang berubah-ubah.
                “Salah you? Kita tak berkawan, bercinta jauh sekali, kenapa tiba-tiba you masuk meminang?”
                I rasa itu tak salah. I ada sebab tersendiri kenapa I pilih you untuk jadi pilihan I. Kalau you nak tahu kenalah jadi isteri I dulu.”
                You tak tahu perangai I dan I juga tak tahu perangai dan tabiat you. Macamana I nak make life together with you? Do you understand that?”
                I don’t understand and I don’t want to understand. Kita boleh hidup bersama kalau you buang sikap degil dan keras kepala you tu.”
                Amboi................ belum apa-apa dah kata aku degil. Ini dah lebihhhhhhhhhh......
                “Baiklah. I bagi you peluang. Jika you tahan dengan semua karenah I, dan I satisfied dengan segala karenah you, I akan pertimbangkan lamaran you.”
                “Okey! Cuma I bukan orang kaya, jadi kalau perangai you ni suka bershopping beribu-ribu ringgit, I rasa baik I tarik diri dulu.”
                I bukannya jenis yang suka kikis harta orang. Gaji I lebih dari cukup untuk membeli segala kerperluan diri I.”
                “Berapa tempohnya? Keluarga I tak boleh tunggu lama.”
                “2 bulan. Dan tolong beritahu keluarga you yang parents I akan hubungi keluarga you 2 bulan dari sekarang. Senang I nak cakap kat mak I nanti.”
                “Satu I dapat dari percakapan you tadi. You nih walaupun degil tapi tetap takut dengan mak dan ayah you kan?”
                I bukan takut tapi hormat.”
                “Samalah tu.”
::-----------------::



                “Nampak gayanya, tak lama lagi dapatlah aku makan nasi minyak.”
                Kerap kali Yasmin diperli oleh Mastua dan Nora. Mereka bagaikan bersetuju dengan lamaran yang keempat ini. Kalau dulu tu siap dengan sebab munasabab lagi kenapa Yasmin harus tolak.
                “Kalau korang teringin sangat nak makan nasi minyak, boleh aku gaulkan nasi dalam periuk tu dengan minyak masak. Nak???”
                “Min! Bakal pengantin tak baik marah-marah. Nanti hilang seri muka tu.”
                “Hey! Aku belum nak kahwin lagilah. Tempoh 2 bulan pun belum lagi habis.”
                Deringan telefon memberhentikan pertelingkahan kecil itu. Yasmin segera mengangkat telefon. Entah kenapa sejak kebelakangan ini Yasmin sentiasa takut bila telefon berbunyi.
                “Min! Mal nak jumpa pukul 4 petang di G.M.”
                Talian terputus. Akmal yang tahu Yasmin akan menolak tawarannya sengaja berbuat begitu supaya Yasmin bersa bersalah jika tak datang. 2 kali perlawaannya ditolak. Hari ni hari minggu, Yasmin mungkin tak kemana-mana. Senanglah Akmal mengajaknya keluar.
                “Ha.. Kau bersiap ni nak pergi mana?”
                “Tadikan Akmal telefon, tentulah nak keluar dengan bakal suami.”
                Mas menjawab bagi pihak Yasmin. Yasmin hanya menjeling dua orang sahabatnya sebelum keluar. Di dalam hatinya terdetik juga rasa seronok bila diusik-usik begitu.
                Akmal tersenyum apabila ternampak Yasmin dalam ribuan pengunjung pasaraya itu.
                “Jom.” Akmal membawa yasmin ke kedai emas di dalam pasaraya itu. Di sana Akmal menyerahkan resit untuk mengambil cincin yang telah ditempah.
                “Kenapa bagi I cincin. 2 bulan tempoh masih belum habis lagi. Dan jika dah habis pun tak semestinya you diterima.”
                “Selepas 2 bulan I tahu susah untuk you katakan mahu atau tidak. Jadi jika you pakai cincin ni pada hari keputusan nanti. It’s mean you bersetuju jadi isteri I. Jika tidak pulangkan. I akan terima semuanya.”

::-----------------::

                Pertemuan demi pertemuan mengeratkan lagi perhubungan Yasmin dan Akmal. Walaupun kadangkala Yasmin bersikap degil, Akmal seperti tahu untuk mengubah kedegilan Yasmin itu.
                “Min petang nanti temankan I pergi jogging.”
                “Malaslah! Lagipun Min nak tengok Tv.” Yasmin sengaja mahu membuatkan Akmal merayu.
                Okey tak apalah. Tolong panggil Nora kejap. I nak ajak diorang temankan I.”
                “Emm..... Nora! Akmal nak cakap.”
                Yasmin tak mahu dikatakan cemburu terus memanggil Nora. Sewaktu Nora berbicara dengan Akmal nampaknya mereka gembira sangat. Nora sampai terkekeh-kekeh. Bila habis cakap, Yasmin mula mengelidik tapi cuma di layan dingin aje.
                Setengah jam kemudian, Nora dan Mas keluar. Sengaja mereka mahu meminjam kereta Yasmin. Setelah mereka pergi, Yasmin seakan rasa cemburu dan ingin melihat mereka di sana. Kunci kereta Nora tiada di tempat biasa. Jenuh dicari akhirnya nombor telefon Radio Cap terpaksa di dail.
                “Min!” sergah Nora dan Mas. Yasmin yang mengorok di sebalik pokok itu tersentak. Bagaimana mereka tahu tentang kedatangan Yasmin? Akmal di belakang hanya ketawa sambil mengeleng-gelengkan kepala. Malu memang dah tak boleh nak cakaplah. 7 inci tebal muka rasanya. Yasmin hanya tersipu-sipu. Akhirnya mereka sama-sama berjogging.

::-----------------::

                Hari ini genaplah 2 bulan tempoh yang telah di tetapkan itu. Yasmin sudah berkira-kira ingin memakai cincin pemberian Akmal itu. Nora dan Mas sentiasa menasihatkan agar menerima Akmal. Keputusan muktamad sudah dibuat cuma menunggu pertemuan pada petang itu. Yasmin ternyata gembira dengan perlawaan Akmal untuk berjumpa pada petang itu.
                “Wow! Lawa kau hari ni.. emm.. Apa keputusan kau? Aku pun nak tahu jugak.”
                “Entahlah. Tapi cincinnya dah aku pakai. Serasi ke aku hidup dengan dia?”
                “Yasmin! Tolong jangan buat dia seperti yang kau buat pada Badrul. Sampai sekrang aku masih lagi tak tahu kenapa kau tinggalkan dia dulu.”
                “Nora kau tak faham. Memang dulu aku sayangkan Badrul, tapi aku takut kecewa kemudian.”
                “Kalau kau fikirkan semuanya negatif, kau takkan dapat kemenangan. Akmal lelaki yang baik. Susah nak cari orang macam dia. Mana mungkin dia masuk meminang kau tanpa berkenalan dengan kau lebih rapat. Dia berani menanggung risiko sekiranya kau jadi isterinya. Aku harap kau tak terima dia pasal apa yang aku cakap tadi. Nanti korang laki bini bergaduh aku yang teruk kena bambu.”
                Yasmin tersenyum. Ada benarnya juga kata-kata Nora. Dulu sewaktu di tingkatan 5 dia yang sibuk nak jadi couple Akmal tapi sekarang bila dah dapat peluang kenapa harus teragak-agak. Walaupun perkahwinan adalah dalam jangka masa panjang, tidak bererti kita akan gagal kalau menempuhinya. Bertengkar sikit tu adatlah sebagai hidup berumahtangga. Tapi janganlah sampai baling pinggan mangkuk, itu dah dikira sebagai menjahanamkan harta rumahtangga.
                “Aku rasa pilihan aku buat ini adalah yang terbaik. Diri ini perlu diberi peluang untuk mencintai Akmal. Cincin ini menjadi saksi yang Akmal takkan aku jadikan seperti Badrul.”
                Dua rakan berpelukan. Tanda terima kasih di atas nasihat dan juga semangat yang sentiasa diberikan sewaktu mengalami krisis-krisis seumpama ini.
                “Aku pergi dulu.”
                Lambaian tangan mengakhiri perbualan antara dua sahabat yang telah saling menyelami hati budi masing-masing hampir 21 tahun.

 ********************

                Hatinya yang berbunga kembang menjadi kuncup semula. Hampir satu jam dia menunggu disitu. Jangankan batang hidungnya, kelibatnya pun tak nampak. Satu yang paling Yasmin benci adalah menunggu. Tak kiralah tunggu apa pun.
                Cincin di jari dibuka dan disarungkan kembali. 5,6 kali perkara yang sama berulang. Akhirnya cincin dijari dicabut dan diletakkan di dalam tempat asalnya.
                Yasmin mempercepatkan langkah ke kereta. Tiba-tiba seseorang menegur dari belakang.
                “Amboi! Jalan tak tengok orang langsung.”
                “Badrul! Buat Min terperanjat aje. Apa Bad buat kat sini?”
                “Aaii... ini kan tempat jogging, mestilah Bad datang sini nak jogging, takkan Bad datang sini nak berdating kot. Min pulak buat apa kat sini?”
                Yasmin terasa seakan diperli Apa tidaknya dia yang mencadangkan pada Akmal untuk datang kesini. Tempat yang sesuai untuk kegiatan beriadah disalahgunakan.
                “Min! Mengelamun pulak dia.”
                “Aaa..mmm...aa... Saja duduk-duduk hilangkan penat bekerja. Bad macammana sekarang?”
                “Masih kerja di tempat yang sama. Cuma jemputlah kerumah 22/9 nanti.”
                “Ada apa? Aaa... ini mesti nak kahwin ya. Bridenya pasti Arzuakan? Congratulations.” Badrul tersenyum mengiakan soalan Yasmin.
                Thanks. Min pulak bila? Takkan nak membujang aje. Tengah laku ni baik cari cepat. Nanti dah tak laku susah.”
                “Bad ni! Tengoklah... dua tiga tahun nanti. Itupun kalau ada orang nak.”
                “Tak ada orang nak ke atau Min memilih sangat. Nak putera raja datang melamar ke?”
                Yasmin tersenyum malu. Sekilas dia teringat kembali apa sebenarnya tujuan dia datang ke situ. Yasmin terus meminta diri untuk pulang. Didalam hati Yasmin sudah tersemai perasaan benci pada Akmal yang tidak tahu menepati janji. Hari ini hari yang ditunggu kenapa harus dimungkiri setalah berjanji siang tadi. Agaknya sengaja membuatkan aku seperti orang bodoh. Di samping itu juga Badrul sempat menyampaikan salamnya pada Nora dan Mas dan menjemput mereka sekali ke majlis itu.
                Telefon bimbit yang sudah kehabisan bateri dicampakkan kebelakang kereta. Kalau telefon itu boleh bersuara pasti Yasmin di maki hamunnya.
                “Marahkan orang lain kenapa aku yang harus dicampakkan. Kalau dah geram sangat pergilah campak Akmal macam kau campak aku tadi.” mungkin itulah yang dapat diluahkan oleh telefon bimbit itu.
                Semua pengguna jalanraya Yasmin rasakan seperti yang baru belajar kereta. Ramai yang kena hon dan ada juga yang nampak benggang membalas tindakan Yasmin tadi. Sesampai dirumah muka Yasmin tidak lagi boleh dikira masam tapi kelat.
                “Ha!.. Angin monson mana pulak yang kau bawak balik ni. Agaknya angin dari Gunung Averest tak?”
                Yasmin dingin. Segera di capainya telefon tetapi dihempaskan semula. Telefon yang tidak berfungsi membantutkan tujuan Yasmin untuk memberitahu keputusan  pada emaknya.
                “Kenapa tak panggil orang repair telefon ni?”
                “Min! Apsal marah-marah ni? Kan hari tu kau yang volunteer nak panggil orang telekom repair. Nak marah orang pulak.”
                Sorrylah Nora. Aku tak maksud begitu. Emmm.... Tolong aku!”
                “Apa dia.”
                “Mas mana?”
                “Atas.”
                Yasmin terus ke atas mengetuk pintu bilik Mas. Dia tahu waktu ini Mas biasanya menjalankan peniagaan penjualan tahi matanya. Itulah sebabnya pintu harus di ketuk lebih kuat dari biasa.
                “Hoi!!... Kau nak robohkan pintu ni ke? Kalau nak panggil jer kontraktor kat depan tu. Diorang boleh tolong.”
                Dalam mata yang separuh terbuka Mas mengomel kerana mimpinya yang terganggu. Mungkin mimpi bertemu Arif yang baru sebulan dikenalinya itu.
                “Jom ikut aku.”
                “Eh! Kau nak bawak aku pergi mana ni hah??!!! nak culik aku ya... Nora tolongg!!”
                “Yasmin menarik tangan Mas turun kebawah dan kemudian meraih tangan Nora pula. Mas yang kebinggungan kerana baru tersedar dari mimpi hanya menurut. Nora pula tak terkata mulutnya membebel. Yasmin seolah memekakkan telinganya terus menyumbatkan mereka ke dalam kereta.
                Didalam kereta Yasmin kembali berbicara setelah sekian lama mendiamkan diri.
                “Badrul kirim salam dekat korang berdua.”
                “Oh! Jadi pasal Badrul la kau nak putuskan hubungan kau dengan Akmal. Cinta dah kembali berputiklah tu.” sindir Nora.
                “Dengarlah dulu apa yang aku nak cakap.”
                “Nak dengar apa lagi. Dah sah kau tersangkut balik kat Badrul tu. Bukan sehari aku kenal kau.” bebel Nora lagi.
                “Aku dengan Badrul dah tak ada apa-apa lagi. Kami cuma kawan biasa. Dia kirim salam dan jemput korang ke majlis kahwin dia nanti. Faham!!”
                “Bad nak kahwin. Hilang mengatuk aku. Mesti dengan budak UTM yang sama kursus dengan dia tu kan?”
                Yasmin membisu. Nora juga turut sama membisu. Nora rasa bersalah kerana tidak usul periksa dan memberi peluang untuk Yasmin menerangkan duduk perkara yang sebenar.
                “Tak ada sapa pun menyahut. Tu la aku dah kata korang tak suka kawan dengan aku sebab aku ni tak faham cakap korang.”
                “Mas! Stop it okey! Berapa ribu kali dah aku suruh kau jangan ulang perkataan tu?”
                “Tengok! Korang..”
                Okeylah! Ha.. memang dia kahwin dengan Arzua. Puas!” Mas tersenyum bila Yasmin mengalah.
                “Min! Ceritalah apasal kau mengamuk tadi?”
                “Hari ni hari penting bagi aku. Yang menentukan masa depan aku. Aku tunggu Akmal macam tunggu tahi bintang jatuh. Kalau betul dia ikhlas nak jadikan aku isteri dia, kenapa buat aku macam orang bodoh.”
                “Kau tak boleh cakap macam tu. Mungkin Akmal ada kerja ke? Atau hal mustahak yang lain.”
                “Jadi aku ni tak mustahak bagi dia. Aku ajak korang temankan aku pulangkan cincin ni. Kalau dia rasa nak mainkan aku, malam sikit.”
                “Hai.. tak tahulah aku. Cuma aku harap, keputusan itu tak muktamad.”
                Yasmin diam. Kebetulan sudah pun sampai di rumah Akmal. Yasmin memberanikan diri memberi salam. Tiada sahutan. Kemudian jiran di sebelah keluar menanyakan Yasmin tentang hajatnya.
                “Akmal tak duduk sini ke makcik?”
                Nora bertanya bagi pihak Yasmin yang diam menahan marah. Kalau Akmal tak ada, dia dah tak tahu mana nak cari lelaki tu lagi.
                “Dia tak duduk sini. Dia tinggal dengan kawan-kawannya. Tapi tadi keluarganya keluar. Katanya Akmal kemalangan. Ada di KPJ Ipoh.”
                Terdengar saja berita itu, Yasmin segera meluru ke arah keretanya. Tetapi sempat ditahan oleh Nora dan Mas.
                “Dalam keadaan begini kau tak boleh memandu. Hati kau tak tenang. Biar Nora yang bawa.”
                Mas yang sejak dari dulu menjadi kaunselor ketika saat-saat air mata berguguran sedia memberikan khidmatnya.
                “Kenapa aku sering saja cari kesalahan dia, sedangkan aku yang selalu buat salah. Macammanalah keadaan dia sekarang. Aku takkan maafkan diri aku jika sesuatu terjadi pada Akmal.”

                Yasmin menangis. Kadang-kadang terasa juga baiknya Akmal kemalangan. Jika tidak Yasmin tetap dengan kepala batunya dan tidak mahu mengaku kalah dalam sebarang perbalahan. Mastura tak henti-henti menenangkan Yasmin yang sudah tak tentu arah.

::-----------------::

                Yasmin sedikit tenang setelah diberitahu yang Akmal telah ditempatkan di wad. Jika parah tentu Akmal masih berada di wad kecemasan ataupun di I.C.U. Gengaman kedua tangan sahabatnya tidak di lepaskan sejak keluar dari kereta tadi.
                Bilik 109 terus dibuka. Tawa yang datangnya dari bilik itu tiba-tiba senyap ketika Yasmin melangkah masuk. Yasmin yang masih termanggu terus bersalaman dengan ibu Akmal dan 2 orang kakaknya dituruti oleh Mas dan Nora. Akmal hanya tersenyum manja.
                Sorry! Lama you tunggu tadi kan.”
                “Lain kali pecutlah sampai meter tu berpusing dua kali. You ingat you bawak laju tu cepat sampai. Tengok sekarang apa dah jadi?”
                “Min! Janganlah marah. You tu banyak kali datang lewat, I tak marah pun. I sakit ni.”
                “Sakit you cari sendiri. Nasib baik tangan kalau kepala?”
                “Kalau kepala I bertambah bijaklah.”
                You ni!”
                Yasmin geram dipermainkan begitu didepan orang tua Akmal.
                “Bila nak pakai cincin tu. Min janji nak pakai atau pun pulangkan hari ni.”
                “Min lupa bawa. Esok Min datang Min bawa kan.”
                “Bawa saja, tak nak pakai?”
                “Tengoklah dulu. Makcik, Pakcik, Kak saya balik dulu.”
               
                Yasmin meminta diri untuk pulang kerana sudah tidak betah lagi duduk di situ dengan diperhatikan oleh kaum keluarga Akmal. Dengan sopan Yasmin keluar sambil ditemani oleh dua sahabatnya. Dalam perjalanan ke kereta Nora dan Mas tersenyum-senyum sambil memandang Yasmin. Yasmin terus berjalan tanpa mempedulikan mereka berdua.

::-----------------::

                Yasmin datang kali keduanya di KPJ Ipoh itu. 3 kuntum bunga ros merah terhias indah dalam karangannya.
                “Assalamualaikum!”
                “Waalaikumusalam!”
                Akmal sendirian disitu tanpa ditemani sesiapa.
                “Ini untuk Mal.”
                Yasmin meletakkan bunga di atas meja dan beberapa biji buah ke dalam laci.
                “3 kuntum saja. Kenapa tak bawak 3 lori.”
                “3 lori tu untuk orang yang susah dapat jodoh. Mal nak ke? Boleh Min tolong belikan.”
                Akmal terdiam. Yasmin mula rasa bersalah kerana terkasar bahasa dalam menyambut gurauan Akmal tadi. Dia bukan sengaja. Yasmin merasakan yang Akmal memperli dirinya kerana membawa bunga.
                “Mal! Min minta maaf. Min tak tahu macam mana ia boleh terkeluar dari mulut Min.”
                It’s okey! Mal tak kecil hati pun. Eh! Min pakai cincin tu.”
                Yasmin tersipu malu. Malu untuk menatap wajah lelaki yang bakal bergelar suaminya kelak.
                “Yess!! Aduhhhhhh...!!!” Baru Akmal teringat yang tangannya dah bersimen itu masih belum pulih. Keduanya kembali ketawa sambil bergengaman tangan tanda bersatu untuk mendirikan sebuah rumah yang bertanggakan kebahagiaan dan kasih sayang.

SELESAI